Terapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddinzia@bharian.com.my
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok. Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal.
Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya. Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu. Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Monday, November 10, 2008
7 petanda kebahagiaan dunia
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
1) Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2) Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3) Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4) Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5) Al malul halal, atau harta yang halal
6) Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7) Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah
1) Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2) Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3) Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4) Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5) Al malul halal, atau harta yang halal
6) Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7) Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah
Saturday, November 1, 2008
Aktiviti Cuti Sekolah
Saya baru dapat email dr Little Khalifah Shop ttg aktiviti yang dianjurkan untuk cuti sekolah ni, interesting tapi jauh la untuk saya, for those who stay area KL ok kot...Kepada yg berminat boleh check kat blog diaorang:
Maslina Ngadiman.
The Little Khalifah Shop2750 A Jalan Changkat PermataTaman Permata
53300 Kuala Lumpur
Tel no: 03 4147 2626Fax no: 03 4147 1543http://khalifahshop.blogspot.com
Maslina Ngadiman.
The Little Khalifah Shop2750 A Jalan Changkat PermataTaman Permata
53300 Kuala Lumpur
Tel no: 03 4147 2626Fax no: 03 4147 1543http://khalifahshop.blogspot.com
Thursday, October 30, 2008
Membantu para janda dan orang miskin
Daripada Abu Hurairah r.a:Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.(Riwayat Muslim)
Selamat Tinggal Syawal
DAh lama tak up date blog ni...busy ke ???ntah la, nak wish selamat hari raya pun cam segan segan lak, rasa outdated, tapi tak pe nak wish jugak " Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin". Tak lupa jugak utk Indian friend's , wish u all " Happy Deepavali".
Beberapa gambar di hari raya baru baru ni.....
di pagi hari raya, waa happy sungguh, alhamdulillah masih berkesempatan....
my eldest brother and his family...
my third brother and his family, and new born baby...
my fourth sister, also with a new born baby...sofea
my fifth sister, also with a new baby...semua org ada new baby...ahakkk
last but not least my parents and younger brother...
A very happy moments and may Allah give us opportunity to reunite again, insyaallah...luv u all
Beberapa gambar di hari raya baru baru ni.....
A very happy moments and may Allah give us opportunity to reunite again, insyaallah...luv u all
Wednesday, September 24, 2008
Masyaallah, pokok kurma...

Subject: Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)
Ketahui lah....
Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal.
Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul
tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan
herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,
Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan
kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.
Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk
kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.
Wednesday, September 10, 2008
Lagi info tentang madu

Salam, oleh kerana saya seorang pengamal madu, jadi saya ingin share info ni untuk semua orang.Di bulan Ramadhan ni pun kami sekeluarga tak tinggal untuk ambil madu, iaitu sesudu sebelum tidur dan 2 sudu ketika sahur.Alhamdulillah, rasa bertenaga sepanjang hari.Dengan izin Allah.Info ni saya petik dari Majalah Rapi keluaran terbaru bertajuk "Madu Beri Tenaga Segera"
American Food Journal telah merekodkan bahawa madu mengandungi terlalu banyak antioksidan baik yang sangat diperlukan oleh tubuh.Lebih gelap warna itu, lebih banyak kandungan antioksidan yang ada padanya.Bagi anda yang sentiasa ingin cepat, tidak mahu makan banyak dan dalam masa yang sama ingin mengekalkan bentuk badan yang langsing , madu seharusnya ada dalam pelan madu anda.Pemanis semulajadi ini mengandungi banyak vitamin, mineral dan asid amino sekaligus menjadikan ia pilihan lebih baik daripada gula pasir.Madu juga membantu meningkatkan tenaga segera, melawan masalah letih (yang mungkin terjadi akibat diet tidak teratur)dan meningkatkan kecergasan.
Thursday, September 4, 2008
Bazar Ramadhan
Salam,
Alhamdulillah , dah empat hari kita berpuasa. Lain macam sikit rasa puasa tahun ini, cuaca pun redup dan hujan je, biasanya Ramadhan yang sebelum ini, panas dan kering, sesuai dengan maknanya.
Kalau cakap pasal Ramadhan sinonimlah dengan bazar Ramadhan. Kat tempat saya kerja,bazar tak jauh pun , sebelah ofis je. Orang tak payah cakaplah, penuh. Sampai nak balikpun jammed.Member2 cakap makanan mahal, kuih 5 ketui RM 2.00, last year 3 ketui RM 1.00, dah merosot sebijik.Nasi ayam, nasi tomato dan pelbagai lagi sumenya RM 4.00. Mahal betul... just imagine orang yang ada anak lima, nak makan nasi ayam, dah kena spend RM 20.00, belum masuk kuih muih dan air.Kurang2 RM 30.00, terbang.Apa nak buat kalau wife dah kerja mesti tak sempat nak masak punye, no choice kena beli. Ikut selera anak2 pulak tu...kalau tak ikut karang, kesian la pulak, bukan apa nak galakkan depa puasa...
Walaubagaimanapun, tahun ni aku dan suami berazam untuk tidak ke Bazar Ramadhan. Boikot..eh dak lah sampai tahap tu, cuma nak berjimat. Masak simple2 je kat rumah. Mana yang sempat je la, nasib baik aku ada maid,banyak membantu...syukur...Anak2 pulak jenis yang tak berapa gemar makan kuih, terus makan nasik je...tapi kalau balik Ganu nanti tak taulah, mcm satu kemestian la pulak nak gi Pasar Chabang Tiga, ingat kenangan lama(berniaga kuih kat gerai makcik).
Apa apapun pada kawan2, cubalah berjimat sebanyak mana yng boleh, kawal nafsu membeli anda, jangan rambang mata bila tengok pelbagai jenis kuih tu...Pilih la makanan yang berkhasiat dan bukan semata mata memenuhi nafsu makan. Kepada yang masak sendiri, rancang lebih awal apa yang hendak di masak....Adiossss...
Alhamdulillah , dah empat hari kita berpuasa. Lain macam sikit rasa puasa tahun ini, cuaca pun redup dan hujan je, biasanya Ramadhan yang sebelum ini, panas dan kering, sesuai dengan maknanya.
Kalau cakap pasal Ramadhan sinonimlah dengan bazar Ramadhan. Kat tempat saya kerja,bazar tak jauh pun , sebelah ofis je. Orang tak payah cakaplah, penuh. Sampai nak balikpun jammed.Member2 cakap makanan mahal, kuih 5 ketui RM 2.00, last year 3 ketui RM 1.00, dah merosot sebijik.Nasi ayam, nasi tomato dan pelbagai lagi sumenya RM 4.00. Mahal betul... just imagine orang yang ada anak lima, nak makan nasi ayam, dah kena spend RM 20.00, belum masuk kuih muih dan air.Kurang2 RM 30.00, terbang.Apa nak buat kalau wife dah kerja mesti tak sempat nak masak punye, no choice kena beli. Ikut selera anak2 pulak tu...kalau tak ikut karang, kesian la pulak, bukan apa nak galakkan depa puasa...
Walaubagaimanapun, tahun ni aku dan suami berazam untuk tidak ke Bazar Ramadhan. Boikot..eh dak lah sampai tahap tu, cuma nak berjimat. Masak simple2 je kat rumah. Mana yang sempat je la, nasib baik aku ada maid,banyak membantu...syukur...Anak2 pulak jenis yang tak berapa gemar makan kuih, terus makan nasik je...tapi kalau balik Ganu nanti tak taulah, mcm satu kemestian la pulak nak gi Pasar Chabang Tiga, ingat kenangan lama(berniaga kuih kat gerai makcik).
Apa apapun pada kawan2, cubalah berjimat sebanyak mana yng boleh, kawal nafsu membeli anda, jangan rambang mata bila tengok pelbagai jenis kuih tu...Pilih la makanan yang berkhasiat dan bukan semata mata memenuhi nafsu makan. Kepada yang masak sendiri, rancang lebih awal apa yang hendak di masak....Adiossss...
Subscribe to:
Posts (Atom)

