Wednesday, July 30, 2008

Wanita Pintar, Lelaki gentar????

Tajuk tu Ima ambil dr Majalah Nur bulan Ogos, baru baca semalam, sound's interesting yek!!!Menurut Pengarah Inst. Islam Hadhari, UKM,Prof Mohd Yusof Othman, pintar bukan bermaksud bijak belajar, mampu utk mberi alasan dan berhujah secara logik dan mantik shj.Pengertian pintar lebih luas lagi dan merangkumi semua unsur yg ada diberikan oleh Allah S.W.T.Wanita pintar adalah aset yg amat bernilai kerana mereka boleh menyumbang seseuatu yg bermanfaat kpd diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara.Wanita pintar mampu membangunkan roh,qalb,emosi, akal dan jasad secara sepadu dalam menjalankan tugas sbg khalifah.Banyak faktor yg membangunkan wanita pintar termasuk didikan, persekitaran dan rakan2. Wanita digalakkan utk menggunakan ilmu dgn betul, bukan menyalahgunakannya. Apalagi yg ditunggu, ayuh jadilah wanita yg pintar ye....

No comments: