Wednesday, September 24, 2008

Masyaallah, pokok kurma...



Subject: Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar

sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan
gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan
oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul
tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan
herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,
Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan
kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk
kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Wednesday, September 10, 2008

Lagi info tentang madu




Salam, oleh kerana saya seorang pengamal madu, jadi saya ingin share info ni untuk semua orang.Di bulan Ramadhan ni pun kami sekeluarga tak tinggal untuk ambil madu, iaitu sesudu sebelum tidur dan 2 sudu ketika sahur.Alhamdulillah, rasa bertenaga sepanjang hari.Dengan izin Allah.Info ni saya petik dari Majalah Rapi keluaran terbaru bertajuk "Madu Beri Tenaga Segera"

American Food Journal telah merekodkan bahawa madu mengandungi terlalu banyak antioksidan baik yang sangat diperlukan oleh tubuh.Lebih gelap warna itu, lebih banyak kandungan antioksidan yang ada padanya.Bagi anda yang sentiasa ingin cepat, tidak mahu makan banyak dan dalam masa yang sama ingin mengekalkan bentuk badan yang langsing , madu seharusnya ada dalam pelan madu anda.Pemanis semulajadi ini mengandungi banyak vitamin, mineral dan asid amino sekaligus menjadikan ia pilihan lebih baik daripada gula pasir.Madu juga membantu meningkatkan tenaga segera, melawan masalah letih (yang mungkin terjadi akibat diet tidak teratur)dan meningkatkan kecergasan.

Thursday, September 4, 2008

Bazar Ramadhan

Salam,

Alhamdulillah , dah empat hari kita berpuasa. Lain macam sikit rasa puasa tahun ini, cuaca pun redup dan hujan je, biasanya Ramadhan yang sebelum ini, panas dan kering, sesuai dengan maknanya.

Kalau cakap pasal Ramadhan sinonimlah dengan bazar Ramadhan. Kat tempat saya kerja,bazar tak jauh pun , sebelah ofis je. Orang tak payah cakaplah, penuh. Sampai nak balikpun jammed.Member2 cakap makanan mahal, kuih 5 ketui RM 2.00, last year 3 ketui RM 1.00, dah merosot sebijik.Nasi ayam, nasi tomato dan pelbagai lagi sumenya RM 4.00. Mahal betul... just imagine orang yang ada anak lima, nak makan nasi ayam, dah kena spend RM 20.00, belum masuk kuih muih dan air.Kurang2 RM 30.00, terbang.Apa nak buat kalau wife dah kerja mesti tak sempat nak masak punye, no choice kena beli. Ikut selera anak2 pulak tu...kalau tak ikut karang, kesian la pulak, bukan apa nak galakkan depa puasa...

Walaubagaimanapun, tahun ni aku dan suami berazam untuk tidak ke Bazar Ramadhan. Boikot..eh dak lah sampai tahap tu, cuma nak berjimat. Masak simple2 je kat rumah. Mana yang sempat je la, nasib baik aku ada maid,banyak membantu...syukur...Anak2 pulak jenis yang tak berapa gemar makan kuih, terus makan nasik je...tapi kalau balik Ganu nanti tak taulah, mcm satu kemestian la pulak nak gi Pasar Chabang Tiga, ingat kenangan lama(berniaga kuih kat gerai makcik).

Apa apapun pada kawan2, cubalah berjimat sebanyak mana yng boleh, kawal nafsu membeli anda, jangan rambang mata bila tengok pelbagai jenis kuih tu...Pilih la makanan yang berkhasiat dan bukan semata mata memenuhi nafsu makan. Kepada yang masak sendiri, rancang lebih awal apa yang hendak di masak....Adiossss...

Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Dan Ramadhan Al Mubarak

Salam,

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 51. Semoga negara ini sentiasa di rahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa.



Ramadhan Al Mubarak juga akan menjelma, mungkin esok atau lusa. Alhamdulillah, semoga dikurniakan oleh Allah kekuatan dan ketabahan untuk mengharunginya.



Sungguh telah datang kepada kita bulan Allah yang membawa berkah, rahmat & ampunan. Bulan yg paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam paling utama. Waktu demi waktunya adalah paling utama. Inilah bulan dimana engkau diundang menjadi tamu Allah, & dimuliakan oleh-Nya. Nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amal-amalmu diterima & doa-doamu di ijabah. Bermohonlah kepada Allah dengan niat yang tulus & hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa & membaca kitab-Nya.

Rasulullah Muhammad SAW dalam khutbahnya tentang Ramadhan:

“Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakanNya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.”


Saturday, August 30, 2008

Award







Receive this award from Ainaana , thx a lot, will share this award to others too...tq

Wednesday, August 27, 2008

Happy birthday Ihsan

Happy birhtday sayang....Hari ni genap lah Ihsan berumur 5 tahun...Sama birhtday ngan maknya, sungguh kebetulan..tapi Ihsan tak faham ape-ape??Apa itu birthday, apa itu hidup, masa depan dan semua benda...Ihsan ada masalah autisme...kesian dia, tapi kami semua sayang kan dia, kasih tak pernah berbelah bagi...hanya Tuhan yang tahu...



Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran learning disabilities.

Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.

Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.

Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:

fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism
autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).
penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR
analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "where does X look for the object they stored, but which was moved by Y" -- see theory of mind
terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)
increasingly common claims of sucessful treatment of autism in children with the gluten-free, casein-free diet & mercury chelation therapy
RDI is a treatment program targeting the core social/relationship deficits of autism
Both Oliver Sacks and Torey Hayden have written about their autistic patients or pupils, respectively. Temple Grandin has also written about her own life. Donna Williams (Autism:an inside-out approach, ISBN 1 85302 387 6) gives an interesting perspective on the experience of the person with autism.

Cuti Sekolah

Kak Su, Rea, Bibik dan Ihsan, baru nak test air...


Sempat jugak naik kuda...tapi tak gerak pun...posing je..



Salam, dah lama tak post dlm blog ni, anyway cuti sekolah baru ini Ima & family pergi ke Pedas Wetworld Nogori 9. Kebetulan balik ke Rembau, so mmg dah jadi satu kemestian pergi ke situ. Bwk anak jalan2, lagipun kat sini regenya berpatutan, dewasa RM 10.00, budak2 RM 8.00. Compare kat Shah Alam , kt cni lagi enjoy coz tempatnya lagi besar dan redup...Bukan anak je yg seronok, mak bapaknya pun sekali...he he .Anyway ada bbrp gambor ys ma post...adiosss...

Monday, August 11, 2008

Kenapa malang tak berbau???


Kenapa malang tak berbau??? Kalau berbau kan senang...Alkisahnya berlaku pada saya bila videocam Sony saya telah hilang...Dicuri @ tertinggal dimana??? Selepas difikir2 kali yg ntah ke berapa, memang sah ianya telah dicuri,tempat kecuriannya ialah di ofis, letak dalam almari lagi...

"dariNya ia datang, dan kepadaNya ia kembali", saya berkata pada hati saya sendiri.Boleh ke kata macam tu???Apa salahnya??Setiap apa yg ada memang hak mutlakNya, bila Dia nak ambik, Dia akan ambik, walau kat mana kita simpan sekalipun. Bila sampai detik dan waktu, pasti akan berlaku. Mcm kes saya, tak selalu videocam tu dibawa ke ofis dan tak mungkin sesuka hati tinggal lak kt ofis...Kalau tak hilang kat ofis, mungkin kat tempt lain

Apapun saya sebagai manusia biasa, ada jugak rasa terkilan sebab atas alasan kecuaian.Mungkin saya cuai dan leka... Apapun saya redha, mungkin dah tak ada rezeki, dan mungkin jugak Allah telah menjanjikan yang lebih baik lagi untuk saya. Tapi saya masih lagi berharap si penyamun tadi boleh pulangkan at least memory stick dan a few tapes inside. Namanya memeori stick coz dalamnya ada memori yang belum sempat di downloadkan dlm PC...Insyaallah, kalau Allah bukan pintu hati si penyamun tadi, tak mustahil saya akan dapat balik ...insayaallah...