Monday, August 4, 2008

GANU KU.....

Salam, sebagai anak watan "Ganu Kite" hati cukup rasa tersiksa bila baca artikel ni,
7 billion, bukannya sikit, banyak tu....boleh cover subsidi minyak tu..masa cuti lepas, balik ke Ganu, mmg terasa sgt perbezaannya, harga barang2 melambung naik dgn mendadak sekali,aku terfikir gimana hidup org kampung yg sekian lama di belenggu kemiskinan,spt kata DSAI, tak sama org kaya bercakap hal kemiskinan didepan org miskin. Baca artikel ni....Wallaualam...

Hasil Terengganu dikaut,Idris Jusoh perhabiskan RM7 bilion
Suhaimi Taib
Sun | Aug 03, 08 | 7:29:02 am MYT
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos (Hrkh) - Sebanyak RM7 bilion wang royalti dan gas Terengganu telah dibelanjakan di zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh mulai tahun 2004 hingga 2008

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Amir Sham Abdul Aziz ketika ditanya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Wan Azizah Ismail di Persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dipercayai wang sebanyak itu dibawa masuk melalui Dana Khas yang tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara dan tidak dimasukkan dalam perkiraan Kumpulan Wang Disatukan dan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri setiap tahun.

Dato' Seri Idris hanya berjaya menjadi menteri besar sepenggal sahaja selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berkenan untuk Idris terus menjadi Menteri Besar Terengganu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Bagaimanapun ke manakah perginya wang begitu banyak itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifuddin Natution ketika berucap di Kuala Ibai di sini baru-baru ini.

Saifuddin berkata, projek disalurkan ke Terengganu hanya dengan cara, taukeh-taukeh besar membawa surat dari Kuala Lumpur untuk diminta tanda tangan pemimpin kerajaan negeri itu (Dato' Seri Idris Jusoh). Surat itu dipercayai dari Pejabat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Apa projek yang nak dibuat, bagaimana proses tender tidak dinyatakan dalam surat berkenaan,"jelas beliau mengulas kenyataan wawancara Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said dalam sebuah akhbar berorientasikan ekonomi baru-baru ini.

Projek yang dibawa tidak ada kena mengena dengan kebajikan rakyat negeri Terengganu, katanya.

Saifuddin menjelaskan bahawa yang menikmati hasil bumi Terengganu ialah orang luar dari negeri itu (Patrick Lim).

Ini katanya, adalah hasil dari hubungan rapat beliau dengan Abdullah.

Saifuddin turut memaparkan gambar-gambar melalui tayangan 'LCD' bagi menunjukkan bagaimana Abdullah meraikan taukeh-taukeh kaya termasuk Patrick Lim dalam satu majlis di kediaman rasmi Perdana Menteri itu di Kuala Lumpur tidak lama dulu. - mks._

sumber: Harakah Daily

TEGUR ATAU DIAM



Apa yang kita lakukan apabila melihat seseorang rakan melakukan kemungkaran sewenangnya? Adakah kita hanya akan berdiam diri, lihat sahaja atau mengambil usaha menegurnya???

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat samaada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya" (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Membiarkan perlakuan maksiat merupakan maksiat. Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah yg akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata2 tetapi terhadap semua anggota masyarakat.

Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk sosial. Ini bukan lah utk menjaga tepi kain org lain, tetapi sebaiknya utk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dlm masyarakat dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.

Peranan seorang Muslim mukmin yg sebenar sepatutnya menjauhkan diri drpd perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama org yang berbuat maksiat kerana itu seolah2 menunjukkan bahawa mereka redha dgn maksiat dan kekufuran yg dilakukan.

Petikan dr Majalah Nur(ogos 08)

Sunday, August 3, 2008

MADU : Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis

MADU :
Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis



Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :

Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"

( Hadis riwayat Abu Daud)

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Firman Allah dalam surah an-Nahl:



(Surah An-NAhl: 69).

Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:





Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:



Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.

Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.

Saturday, August 2, 2008




KEAJAIBAN ALAM: Gambaran seolah-olah sebentuk cincin berlian ketika gerhana matahari penuh yang berlaku di Jinta, China yang dirakam oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), semalam. - Foto Bernama

Kembalikan harga RM1.92 seliter - Pakar

NEGARA

Kembalikan harga RM1.92 seliter - Pakar
KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar menurunkan harga petrol mengikut harga sebelum kenaikan iaitu RM1.92 seliter manakala RM1.58 seliter bagi diesel ekoran penurunan harga minyak dunia ketika ini.

Menurut Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, ia tidak mustahil dilaksanakan bagi membendung kadar inflasi yang semakin tinggi.

"Saya percaya harga bahan api boleh diturunkan kepada harga asal iaitu RM1.92 seliter bersama-sama syarat kerajaan ambil semula pemberian subsidi sebelum ini.

"Apa yang saya maksudkan ialah pemberian subsidi kepada nelayan, pengusaha bas serta lori dan yang terbaru rebat petrol diambil semula dan semua jumlah ini digunakan untuk menampung subsidi kedua-dua bahan api ini sehingga ke paras asal,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam memberi bayangan untuk menurunkan harga minyak setelah ia dibincangkan di kabinet dan kini katanya, kerajaan masih meneliti beberapa perkara sebelum membuat pengumuman.

Bagi pakar ekonomi, Datuk Dr. Ismail Md. Salleh, penurunan sebanyak 30 sen seliter atau RM2.40 seliter bersesuaian kerana harga minyak di pasaran dunia setakat jatuh AS$20 setong dan ia bukan satu yang besar.

Ismail menegaskan, walaupun penurunan itu rendah tetapi ia juga mengambil kira pendapatan negara dan pelbagai subsidi yang telah diberi oleh kerajaan.

PETIKAN DARI KOSMO ONLINE

KHASIAT PISANG



  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasium yang tinggi.



  • Pisang mudah dihadam.Sebab itulah ia sesuai diberikan kepada bayi yang berusia 3 bulan sebagai makanan pejal.



  • Pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendahkan kolesterol.



  • Potasium dan magnesium yang terkandung didalam pisang amat sesuai untuk merawat cirit birit.



  • Pisang kaya dengan zat besi yang merangsang penghasilan hemoglobin dalam darah.



  • kandungan sejenis protein yang terkandung di dalam pisang membantu memberikan rasa tenang.



  • "Banana shake milk" bercampur madu membantu merawat pening-pening.



Friday, August 1, 2008

Datuk Seri Dr Wan Azizah letak jawatan???


Salam, semalam kita dikejutkan dgn berita perletakan jawatan DSWA, sebagai Presiden Parti Keadilan, seterusnya indirectly di Parlimen Permatang Pauh.Baru lagi rasanya saya baca diblog YB Zulkifli Nordin yang DSAI akan bertanding di KUlim, dan beliau dgn ikhlas hati berbuat demikian, spt kata beliau apalh sgt pengorbanan yg dilakukan, ianya adalah kecil demi masa depan rakyat dan negara. Tapi tetiba dah twist ke tempat lain pulak...Nampak nya rezeki Saudara Zulkifli Nordin masih lg di Kulim...

Begitulah hummblenya seorg wakil rakyat ini, dan saya yakin personaliti beginilah yg akan mnjadi idol utk kita.Berbalik kpd DSWA, kita semua tahu betapa tulus, tabah dan sabarnya wanita ini. Selama hampir 10 thn berjuang dan berkorban tanpa suami tercinta.Baru nk mengecap kebahagiaan, tp sampai bila lastingnye, dan mungkin @ selewatnya sehingga hr Isnin ini, kebahagiaan itu akan direntap kembali oleh sang kelembai2 yang irihati pd DSAI.Hilang lagi suami tercinta, anak-anak akan sekali lagi kehilangan ayah mereka.

Apa yg diinginkan oleh DSWA sebenarnya???Glamour???. Saya rasa DSWA dah lama glamour dah....tapi utk ape ye...Inilah yg dinamakan perjuangan dan pengorbanan yg mungkin sukar difahami olek kita, rakyat marhaen...salute for DSWA,semoga Allah sentiasa melindungi....we pray for you....

Politik negara semakin caca merba dgn isu liwat DSAI, muqa'balah' PAS dan UMNO, Altantuya ..., sehingga kita merasa sgt keliru...Ada juga rumors mengatakan DSAI akan ditangkap dlm masa 48 jam utk tidak membolehkan beliau bertanding di Permatang Pauh,jika benar berlaku nampak nya bukan gelombang reformasi lagi, tapi tsunami reformasi akan berlaku. Saya masih ingat pd 1998, masa tu masih belajar kt UPM, begitu terasa bahangnya, darah muda kami bergolak....

La ni 2008, skrip lama timbul kembali, tp kali ni actors dan skripnya agak longgar, tidak sekemas 1998. Tengoklah apa depa boleh buat...Kita memohon kpd Allah supaya memberi petunjuk dan hidayah kerana Dia lagi mengetahui....

Satu solat hajat Perdana akan berlangsung di Masjid Negara pd Sabtu, 2 Ogos, waktu Maghrib yg akan diimamkan oleh Ust. Dr. Badrul Amin. Sama2 lah kita bermunajat kpd Allah , semoga negara kita dilindungi oleh Sang Kelembai2 itu...

Ameen.....