Saturday, August 2, 2008

Kembalikan harga RM1.92 seliter - Pakar

NEGARA

Kembalikan harga RM1.92 seliter - Pakar
KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar menurunkan harga petrol mengikut harga sebelum kenaikan iaitu RM1.92 seliter manakala RM1.58 seliter bagi diesel ekoran penurunan harga minyak dunia ketika ini.

Menurut Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, ia tidak mustahil dilaksanakan bagi membendung kadar inflasi yang semakin tinggi.

"Saya percaya harga bahan api boleh diturunkan kepada harga asal iaitu RM1.92 seliter bersama-sama syarat kerajaan ambil semula pemberian subsidi sebelum ini.

"Apa yang saya maksudkan ialah pemberian subsidi kepada nelayan, pengusaha bas serta lori dan yang terbaru rebat petrol diambil semula dan semua jumlah ini digunakan untuk menampung subsidi kedua-dua bahan api ini sehingga ke paras asal,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam memberi bayangan untuk menurunkan harga minyak setelah ia dibincangkan di kabinet dan kini katanya, kerajaan masih meneliti beberapa perkara sebelum membuat pengumuman.

Bagi pakar ekonomi, Datuk Dr. Ismail Md. Salleh, penurunan sebanyak 30 sen seliter atau RM2.40 seliter bersesuaian kerana harga minyak di pasaran dunia setakat jatuh AS$20 setong dan ia bukan satu yang besar.

Ismail menegaskan, walaupun penurunan itu rendah tetapi ia juga mengambil kira pendapatan negara dan pelbagai subsidi yang telah diberi oleh kerajaan.

PETIKAN DARI KOSMO ONLINE

No comments: